Khidmat Runding Perniagaan TASKA ditubuhkan bagi membantu usahawan yang ingin menceburkan diri dalam Perniagaan TASKA yang semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat kini. Selain itu, Syarikat Perunding Perniagaan TASKA yang ditubuhkan atas nama BeeZee Studio ingin membantu individu yang teleh memulakan operasi taska tetapi masih belum mendaftar dengan pihak berwajib seperti SSM, JKM dan sebagainya.
Perniagaan TASKA semakin diminati oleh usahawan kerana perniagaan tersebut sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. TASKA menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak mereka mendapat pendidikan awal kepada kanak-kanak seawal usia bayi sehingga kanak-kanak berumur 4 tahun.
Sebagai Pengusaha TASKA dan bakal Pengusaha TASKA perlu memikirkan kebajikan kanak-kanak terpelihara disamping mereka dapat melalui proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Pengusaha TASKA harus meletakkan faktor meraih keuntungan sebagai faktor kedua dalam mentaliliti masing-masing. Jangan hanya mengejar keuntungan sehingga mengabaikan kebajikan kanak-kanak di bawah pengawasan mereka.
Pengusaha TASKA harus memikul amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak untuk menjaga kebajikan anak mereka disamping mengasuh kanak-kank tersebut untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)